beauty secret by a loser

mereka x tanya kenapa hanis zalikha berketinggian 169 cm, macam mana aunty nani rostam sooo like anak dara even ada anak 7 orang?? dan dan kenapa mesti liliana mardiana ber-rambut cantik.

tapi dorang tanya macam mana aku jaga kulit muka, lepas tu dorang mintak permission nak pegang. dan kemudian tanya lagi pencuci muka apa aku pakai, treatment apa aku buat, potpetpotpett itu la namanya perempuan beb.

oh, x pe..dengan rasa rendah serendah dirinya, aku nak share apa yg aku selalu buat hope kamu dan kamu boleh try. chewaahh, dah mcm gadis2 ayu next door pulakk!

always practice good hygiene ok.
jangan terlalu frequent sentuh kulit muka because kite x sedar apa yg kite dah pegang sebelum tu. kalau tiba2 cowok jambu lalu depan anda, tolong jangan buat, jangan buang kilat2 muka tu dengan tapak tgn. ohh no. anda sendiri dah spread juta2 lemon bakteria ke atas muka anda. capai tisu dan lap ok sayang..

provide basic need for your skin
walaupun anda bertudung, instead of berdakwah saja x bermakna kulit muka x payah dijaga. hargai anugerah tuhan bagi tu dengan cara menjaganya mengikut kemampuan sendiri. cukup ada pencuci muka, toner, day and night cream dan eye gel utk tak mahu jadi waris panda. x payah cari brand mahal2 belum tentu suit dgn anda esp product oversea. jgn tertipu dgn model product yg mmg readily cantik mcm deanna yusof tu ok.

move on to extra investment for you skin
kalau ada bajet lebih, spend for extra caring and pampering macam scrub and face mask. jgn pandang sebelah mata dgn kuasa 2 benda ni. imagine dead skin berlapis2 without removing it away. lu orang tepek SK II ke, Dermalogica ke, mmg haram x nampak hasil. kalau dah scrub seminggu sekali, ckp bai pada kulit kusam jgn datang lagi. oh yeaa, apply mask seminggu satu dua kali jgk essential utk skin lagi2 kalau lu org jenis kulit kering dah la exposed to aircond dan udara luar yg x bersih tuu.. terpulang pada lu org nak pilih peel-off atau wash off. ehh jgn lupa siapkan satu cream or gel for pimples yg x dijemput dan serum for scars kalau x mau kulit berbintang. apply face intensive serum pulak setahun 4 kali.

it's a fact!!
you are what you eat. boikot makanan berminyak kalau anda sayang kulit tu. tapi jgn tunjukkan kebodohan anda sampai x sentuh lgsg lalu kulit kering dan gatal2 kerana kekurangan moisture dari dlm dermis. makan primrose oil baik utk kulit and menstrual cycle anda. dah boikot oily food, jgn balas dendam dgn mknn manis2 pulak. (ingatan utk diri sendiri) oh ya, makan ikan, soya and almond lebih baik dpd ayam dan daging merah as your source of protein. makan sayur dan buah sebanyak yg boleh at the same time carbs contain dlm veggies and fruits tu boleh gantikan rasa nak mkn nasi. pisang, bayam, broccoli, raw tomato dan salad sgt bagus utk heal scars.

kalau dari muda lu org practice makan raw foods mcm ni, esok dah 40 ke atas x payah gatal2 nak cucuk collagen x pun vitamin C. buat muka bengkak je buat ape..

at least 2 Liters/day
bukan teh chrysantimum , F&N splashing strawberry, 100 plus, pepsi atau apa2 saje minuman berwarna. tapi air kosong sesuai dgn warna dan rasanya. kosong hanya pada nama je, tapi kuasa yg ada pada si kosong ni, hanya org yg minum je tau. toksin dlm badan tu x payah disimpan, buat racun je. minum banyak air dapat maintain temperature badan, moisten your skin and keep your digestive tract undercontrol.

actly ada banyak ways nak jaga kulit ni..depends pada bajet anda jgk. yg penting sederhana dah cukup. jgn excited sgt sampai over-do pastu muka lu org x boleh adapt dgn perubahan drastik jgn salahkan gua. ingat, sentiasa bersyukur dgn pemberian tuhan sebab segala kesempurnaan hanya pinjaman di dunia je..