9.30 pagi
kebosanan melanda. dikelilingi kotak2 besar, lantai simen, rak tinggi ke bumbung, aku tak suka tempat ni. staff x semeriah di gelenikal. aku senyum, aku ketawa semahunya pun lepas abg zam dtg pagi tu.
aku ikot saja kata Encik Mail. item movement, back order apa2 saja lahh. rasa rindu nak gelak2 dgn kak milah, rasa sayang sgt kat kak mis, rindu jugak dgn kak bada comel!
12.30 tengah hari
mata makin kuyu, jiwa makin x ikhlas nak perform mcm dulu. aku mahu lelapkan mata, aku mahu tidur.
Fidin Universal kepada Fidin University. kesilapan bangang dari aku utk hari ini.
tulisan makin senget, makin merapu, dan aku x boleh tahan lagi.
1 tengah hari
aku ambil keputusan makan tak penting lagi utk aku melainkan tidur nyenyak dlm kereta tanpa gangguan utk 45 minit.
2 petang.
sedikit pulih dari sebelumnya tapi still aku benci tempat ni! abg imran ajak sembang aku ikotkan saja..ye, itu mmg nama pemberian mama aku. ye, aku orang kuala lumpur. mmg aku dah biasa handle soalan cliche mcm ni. hahah!
4.15 petang
inden farmasi bekalan wad selesai. aku cari kesempatan rehat di pantri pergigian yg x seberapa. lagi sekali aku rindu pantri gelenikal. aku ushar kaki, urat hijau mula tunjukkan diri. terima kasih aku betul2 x larat.
5 petang
punch card dan berlari marathon ke parking lot, start kereta, aku nak balik!
soalan uji minda ; kenapa aku rasa aneh dengan gaya dan cara puan normah.