pesanan yg lebih mahal harganya dari komersial televisyen


pesan mak sebelum memulakan hari baru ;

bagi salam kepada mereka. doakan yg terbaik agar urusan masing2 dipermudahkan insyaAllah..

bermanis muka lah dgn mereka. since kamu sendiri tahu sejak di bangku sekolah lagi berapa ramai orang diluar sana melabel kamu garang, sombong, tak mesra alam dan macam2 lagi. ha-ha-ha itu auta bukan fakta kan mak? sgt kelakar. beri peluang utk anak saya jadi diri sendiri, mesti kamu semua sukar utk percaya. dan spt biasa dgn rela hati kamu akan dtg kembali pada dia utk membetulkan statement biadap itu. konfidennya.

mak pesan lagi, walaupun hati kamu sakit kerana disakiti, sabarlah..senyum seikhlas hati pasti mendapat ketenangan.

tapi mak, saya lebih cenderung utk memaki bila situasi mcm ni mendatang. saya hanya mampu ukir senyuman pahit lagi tak ikhlas bila manusia itu mengganggu hidup saya.

biarkan, biarkan dia..dia mesti kurang senang dgn apa yg kamu miliki sayang..

mak pesan lagi, komunikasi itu penting. opss, maaf. komunikasi dua hala jauh lebih penting supaya bila bercakap tu tak lah syok sendiri lalu org pandang peliknya budak ni.

tapi mak, kalau orang tu bercakap serupa sampah ohh bencinya saya nak dengar sbb tak pulang hasil mcm mana? perlu saya join sama kah?

kalau kamu sudah rasa mcm tu, senyum saja pada mereka. mereka akan rasa dihargai bila ada yg sudi mendengar. kan mak dah ckp..mendengar lebih baik dari berkata2.

dan pesan mak yg paling saya ingat saya pegang saya simpan dlm ingatan, jgn lupa asal usul diri. dan dari mana kita dtg di situ kita dikembalikan. jgn lupa pada sang Pencipta bila diri didatangi seribu pujian wahai anakku.

mak, saya sayang mak...